Sunday, February 26, 2012

Pembentukan kata

PEMBENTUKAN KATA
           
  • PROSES PEMBENTUKAN KATA
    1. BENTUK KATA TUNGGAL
    2. BENTUK KATA TERBITAN
    3. BENTUK KATA MAJMUK
    4. BENTUK KATA GANDA

BENTUK KATA MAJMUK
  • Bentuk yang telah mantap
  • Penggandaan kata majmuk
  • Pengimbuhan kata majmuk

PROSES PEMAJMUKAN ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus.
    1. kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit (tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsure lain)
contoh:
kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak tidak dapat disisipkan unsure lain seperti ‘yang’ @ ‘dan’
pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana boleh diselitkan kata hubung ‘dan’

BENTUK KATA MAJMUK
1. Kata majmuk bebas – jalan raya, nasi minyak, kad undangan, merah muda, bakul sampah, cermin mata

    1. Kata majmuk gelaran – Perdana Menteri, Ketua Menteri, Ketua Kampung, Guru Besar, Ketua Polis
    2. Kata majmuk kiasan – baik hati, buah hati, kaki ayam, ringan tulang, isi hati
    3. Kata majmuk istilah – kertas kerja,mata pelajaran, garis pusat, urus setia, hak milik, lut sinar, segi tiga

A. Bentuk kata majmuk yang telah mantap
1. antarabangsa           2. setiausaha
3. warganegara           3. tandatangan
5.bumiputera              6.pesuruhjaya


B. Penggandaan Kata Majmuk
- penggandaankata majmuk melibatkan penggandaan unsure pertama kata sahaja
Cth: alat-alat tulis

- bagi bentuk yang telah mantap penggandaan melibatkan keseluruhan unsure
Cth: pesuruhjaya-pesuruhjaya

Saturday, January 28, 2012

KOMPONEN KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM

KOMPONEN BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM
Soalan 1               (Rumusan 30 markah)
                                              – 30 minit
Soalan 2               (Pemahaman 35 markah)
                                             – 60 minit / 4 bahagian / 3 soalan
Soalan 3               (Tatabahasa 30 markah)
                                             – 40 minit  / 5 bahagian
Soalan 4               (Novel 15 markah)
                                             – 20 minit
1.    RUMUSAN
n  Markah penuh 30 dibahagikan kepada:
                              Isi                          -              20 markah
                              Bahasa                 -              10 markah
               Panduan mengira perkataan
n  Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:
               -              nama khas (Kota Bharu)
               -              perkataan berulang/kata ganda (cara-cara)
               -              penggunaan kata depan di dan ke (di sana, ke atas)
               -              tarikh yang ditulis dengan ayat atau angka
               -              angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
               -              gelaran (Yang Amat Berhormat)
n  Jawapan calon akan diperiksa setakat 120 perkataan sahaja, yang selebihnya tidak akan diperiksa.
n  Isi yang tepat dan lengkap sahaja akan diberi markah.
  1. MULAKAN RUMUSAN DENGAN   Petikan membincangkan…
  1. JANGAN ADA PERKATAAN  tentang  SELEPAS     Petikan membincangkan…
  1. Contoh ayat:    Petikan membincangkan kesan…….         
n  kesan/akibat/implikasi
n  langkah-langkah/cara-cara/usaha-usaha/strategi
n  masalah/halangan/kekangan
n  faedah/kepentingan/manfaat/
n  kebaikan/keistimewaan
n  Faktor-faktor/punca-punca/sebab-sebab
n  Tujuan/matlamat/objektif
n  Ciri-ciri/kriteria

CONTOH:
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah penerokaan angkasa lepas dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan                                                                                    [SPM NOV 2008]
Subjek :              Petikan membincangkan
Sinonim               :              kepentingan
Tema                    :              penerokaan angkasa lepas
sasaran                :              dalam kalangan masyarakat Malaysia
Contoh Pendahuluan:
               Petikan membincangkan kepentingan penerokaan angkasa lepas dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan makan coklat dan cara-cara memajukan industri coklat.  Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.                                                                                                        [SPM 2010]
Rumus:
Subjek + sinonim + tema + sasaran
Contoh Pendahuluan:
               Petikan membincangkan manfaat makan coklat kepada kesihatan manusia.

CONTOH LENGKAP:
Baca petikan dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tanggungjawab remajadalam merealisasikan gagasan 1Malaysia dan kekangan dalam pelaksanaannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengertian Satu Malaysia dilihat sebagai satu aset  untuk mewujudkan keadilan sosial dan pembentukan identiti rakyat Malaysia yang bersatu.  Untuk   merealisasikannya,    remaja dilihat sebagai titik tolak menuju matlamat tersebut.  Oleh itu, semua  remaja perlulah mempunyai misi dan visi yang selari  dengan  kepimpinan  negara.
                              Formula Satu Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek utama iaitu penerapan  asas  perpaduan  dan  nilai  aspirasi.  Dalam  mencapai  gagasan  Satu  Malaysia,   remaja perlu menghayati  falsafah  muhibah  dan  kerukunan serta keharmonian antara kaum.    Dalam pada itu, perpaduan antara kaum perlu disepadu dengan mengetepikan masalah peribadi dalam kalangan remaja. Warganegara perlu aktif dalam  menunaikan  tanggungjawab  mereka  dalam komuniti selain harus meningkatkan kualiti diri dari semasa  ke semasa. Gagasan Satu Malaysia yang ingin dicapai haruslah mempunyai golongan remaja yang berkemahiran  untuk  berfikir   dan berupaya menyelesaikan masalah  dalam apa-apa bentuk keadaan sekalipun.
Dengan moto baharu Perdana Menteri kita, iaitu  Satu   Malaysia,  PLKN   dilihat    sebagai wadah terbaik untuk menjayakannya.  Remaja yang   berpeluang    mengikuti    PLKN    perlu melibatkan    diri    secara    aktif      dan menyerapkan segala falsafah perpaduan yang disemai dalam kehidupan mereka. Mereka juga perlu   menghayati   identiti  nasional dan  identiti   budaya.   Dengan   ini   akan lahirlah   remaja  yang   berketerampilan  dan mempunyai    daya   saing,   sesuai    dengan matlamat kerajaan mewujudkan warganegara yang mempunyai acuan nasional.
Pada zaman yang semakin menghimpit kemanusiaan ini, remaja   dituntut   untuk     melibatkan diri dalam aktiviti sukan  demi menjayakan Satu Malaysia.  Hal ini demikian      kerana      sukan      merentasi     semua sempadan   agama   dan   budaya.   Selain  itu,  setiap  kejayaan  merupakan  hasil  komitmen sebagai pasukan atau  institusi yang diwakili dan bukannya milik peribadi.  Lantaran itu, remaja disarankan agar   melengkapkan diri  dengan  bekalan  akademik dan kokurikulum yang seimbang untuk memenuhi pasaran kerja.  Selain itu,  remaja  perlu   menumpukan   usaha     ke arah menggilap  potensi   untuk   menyerlahkan      bakat yang ada pada mereka.  Ternyata remaja menjadi aset negara yang paling utama dalam menjana pelaksanaan Satu Malaysia.  Merekalah yang akan menentukan masa hadapan negara.

JAWAPAN:
Pendahuluan
n  Petikan membincangkan peranan remaja dalam merealisasikan gagasan Satu Malaysia.
ISI Tersurat
S1   Remaja perlu mempunyai misi dan visi yang selari dengan kepimpinan negara
S2   menghayati falsafah muhibah dan kerukunan serta keharmonian antara kaum
S3   mengetepikan masalah peribadi
S4  berkemahiran untuk berfikir
S5   berupaya menyelesaikan masalah (dalam apa-apa bentuk keadaan sekalipun)
S6  melibatkan diri secara aktif dalam PLKN
S7  menyerapkan segala falsafah perpaduan
S8  menghayati identiti nasional dan identiti budaya
S9  melibatkan diri dalam aktiviti sukan
S10 melengkapkan diri dengan bekalan akademik dan kokurikulum
S11 menumpukan usaha ke arah menggilap potensi (untuk menyerlahkan bakat)
ISI TERSIRAT
  1. Kurang sokongan daripada badan-badan bukan kerajaan/swasta dalam merealisasikan gagasan Satu Malaysia.
  2. Remaja kurang mengendahkan/kurang berminat dengan hal-hal berkaitan pembangunan rakyat dan negara.
  3. Remaja lebih mementingkan keseronokan/ diri sendiri.                      
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak /remaja perlu berusaha untuk merealisasikan gagasan Satu Malaysia agar  masyarakat yang harmoni dapat dilahirkan.

PASTIKAN RUMUSAN ANDA TIDAK MELEBIHI 120 PATAH PERKATAAN!!!...

2.    SOALAN PEMAHAMAN
  1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
  1. Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap
  2. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Soalan maksud rangkai kata (soalan pertama 2 markah)
      (i)          Berikan maksud rangkai kata menghimpit kemanusiaan
                                                                           (2 markah)             
      Skema:
-        Menghakis nilai keinsanan/ nilai kemanusiaan
-        Menekan kehidupan
      Contoh jawapan:
      Maksud rangkai kata tersebut ialah
      menghakis nilai keinsanan

Soalan analisis teks( soalan kedua 3markah)
    (ii)          Bagaimanakah sukan dapat menjayakan gagasan Satu Malaysia? 
                                                                                          [3 markah]
                              Skema:
-        Sukan merentasi semua sempadan agama
-        Sukan merentasi semua sempadan budaya
-        Setiap kejayaan merupakan hasil komitmen sebagai pasukan
               Sukan  dapat   menjayakan  gagasan   Satu   Malaysia
        apabila sukan merentasi semua sempadan agama dan
        budaya.    Selain itu, setiap kejayaan merupakan hasil komitmen   sebagai   pasukan.

Soalan KBKK
   (iii)          Pada pendapat anda, selain remaja, apakah sumbangan yang boleh
          diberikan oleh pihak lain dalam menjayakan gagasan Satu Malaysia?                                                                                                                                   [4markah]
Skema:
-        Pihak sekolah          -         penekanan dalam aspek pengajaran dan
-                                                    pembelajaran/guru menyebarkan maklumat
-        Pihak NGO/swasta   -       menyumbang tenaga dan material
-        Individu/masyarakat  -    melibatkan diri secara langsung dalam 
-                                                   program Satu Malaysia.
-        Pihak kerajaan         -      melancarkan kempen/ membuat penerangan  
-                                                  secara  berterusan.
                              
SOALAN KOMSAS
Soalan 2 (d)
               Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam pantun tersebut.
                                                                                                                              [3 markah]
               Skema
               .  Tanggungjawab seorang isteri menguruskan rumah tangga
               .  Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan
               .  Pemimpin yang kehilangan kuasa
               .  Kebimbangan melihat sesuatu perkara yang luar biasa
               .  Sesuatu perkara yang berlaku di luar jangkaan



3.SOALAN TATABAHASA (30 markah)
SOALAN 3(a)                     
Peringatan:
               1.  1 markah setiap ayat yang betul
               2.  Memberi makna dan tepat maknanya, 1 markah
               3.  Kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca tolak ½      
                     markah bagi keseluruhan soalan.
               4.  Perkataan berkenaan diguna sebagai peribahasa atau 
                     nama khas, 0 markah.
               5.  Sengaja meninggalkan/ menambah imbuhan,0 markah
               6.  Ayat yang dibina seperti satu ayat, tetapi sebenarnya
                     lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.
               7.  Jika semua perkataan diguna dalam satu ayat,
                     dipertimbangkan sebagai satu ayat.
               8.  Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
               9.  Isi tidak jelas, tolak ½ markah setiap ayat

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas.
      (i)          Suka duka
    (ii)          Baik buruk
   (iii)          Penat lelah
   (iv)          Melayari laman web
    (v)          Pembangunan mesra alam
   (vi)          Semangat setia kawan                                  [SPM NOV 2008]
Jawapan:

Soalan 3 (a)
      (i)          Novel tersebut menceritakan suka duka Ana sebagai anak yatim piatu.
(ii)           “Baik buruk lelaki itu, dia tetap abah kamu,” kata Pak Long kepada Leha.
(iii)          Penat lelah Ali bekerja siang dan malam membuahkan hasil apabila dia mendapat tawaran kenaikan pangkat.
(iv)          Nini melayari laman web kesihatan untuk mencari maklumat mengenai penyakit barah otak.
(v)           Wakil rakyat di kawasan itu menggalakkan pembangunan mesra alam agar kemajuan dapat dicapai tanpa merosakkan alam sekitar.
(iv)          Semangat setia kawan dapat dipupuk dalam diri pelajar melalui aktiviti kokurikulum.

3(b) – SINTAKSIS
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FS)
               (i)            Baju sutera ini untuk ibu
               (ii)           Kuda putih itu berlari pantas.
               (iii)          Sekolah baharu itu sangat cantik landskapnya.
               (iv)          Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Malaysia.
               (v)           Penduduk kampung akan bergotong-royong pada hujung minggu ini.
               (vi)          Encik Ramli guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK 
               Seri Murni.
Soalan 3(b)
    1. FN + FS
    2. FN + FK
    3. FN + FA
    4. FN + FN
    5. FN + FK
    6. FN + FN
Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah menjadi tiga ayat majmuk sahaja.
               Negara amat memerlukan generasi berilmu. Ilmu dapat memerdekakan minda. Ilmu dapat memupuk semangat patriotik. Menuntut ilmu menjadi kewajipan diri. Menuntut ilmu menjadi tanggungjawab keluarga. Ilmu mampu memajukan negara. Kita mahukan kejayaan.Kejayaan dikongsi bersama-sama. Budaya ilmu dapat disuburkan                                                                                                               [6 markah]
Contoh jawapan:
      (i)          Negara amat memerlukan generasi berilmu yang dapat memerdekakan minda dan dapat memupuk semangat patriotik.
    (ii)          Menuntut ilmu menjadi kewajipan diri dan tanggungjawab keluarga kerana ilmu mampu memajukan negara.
   (iii)          Kita mahukan kejayaan yang dikongsi bersama-sama agar budaya ilmu dapat disuburkan                                                                

SOALAN 3©
Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah menjadi tiga ayat majmuk sahaja.
               Negara amat memerlukan generasi berilmu. Ilmu dapat memerdekakan minda. Ilmu dapat memupuk semangat patriotik. Menuntut ilmu menjadi kewajipan diri. Menuntut ilmu menjadi tanggungjawab keluarga. Ilmu mampu memajukan negara. Kita mahukan kejayaan.Kejayaan dikongsi bersama-sama. Budaya ilmu dapat disuburkan                                                                                                               [6 markah]
Contoh jawapan:
      (i)          Negara amat memerlukan generasi berilmu yang dapat memerdekakan minda dan dapat memupuk semangat patriotik.
    (ii)          Menuntut ilmu menjadi kewajipan diri dan tanggungjawab keluarga kerana ilmu mampu memajukan negara.
   (iii)          Kita mahukan kejayaan yang dikongsi bersama-sama agar budaya ilmu dapat disuburkan                                                                
   (iv)          Soalan 3 (c)
    (v)          perihatin                             -              prihatin
   (vi)          di landa                -              dilanda
  (vii)          tersiksa                -              terseksa
(viii)          menyintai                           -              mencintai
   (ix)          menghulur           -              menghulurkan
    (x)          mengembleng    -              menggembleng

SOALAN 3(d)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
  1. Hasrat Aiman supaya menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu terpaksa dimansuhkan kerana masih belum mendapat keizinan daripada kedua-dua ibu bapanya.
  1. Wang gaji yang diperoleh oleh saya setiap bulan dibelanjakan secara berhemah dan bakinya disimpan di dalam bank.
  1. Jabatan Meteorologi menganggarkan bahawa cuaca di pantai timur Semenanjung Malaysia mendung manakala di lain-lain kawasan cuacanya cerah.
                                                                                                         [6 markah]
Jawapan
      (i)          dimansuhkan                     -              ditangguhkan
               supaya                                -              untuk
    (ii)          berhemah                           -              berhemat
               diperoleh oleh saya          -              saya peroleh
   (iii)          menganggarkan -              meramalkan
               di lain-lain kawasan         -              di kawasan-kawasan lain


SOALAN 3(e) – Peribahasa
Peringatan
               1.            Peribahasa mesti lengkap dan tidak           ditokok tambah.
               2.            Kesalahan ejaan atau bahasa ditolak ½     markah daripada keseluruhan.

Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.
               i.             bagai menatang minyak yang penuh
               ii.            Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
               iii. Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.
                                                                                                         [6 markah]
Soalan 3 (e)
      (i)          Dinie dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh kedua-dua ibu bapanya kerana dia merupakan anak tunggal mereka.
    (ii)          “Orang yang baik, walau ke mana pun dia pergi pasti akan diterima oleh masyarakat, seperti pepatah benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau,” pesan ibu kepada Kak Long.
   (iii)          Ramli sering mengingatkan pekerjanya bahawa keuntungan yang diperoleh oleh syarikat akan dikongsi bersama, begitu juga dengan kerugian yang dialami seperti pepatah hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.



4.SOALAN NOVEL
4 (a)       Watak memainkan peranan yang penting dalam sesebuah novel.
             Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, pilih satu watak yang 
             anda  kagumi dan huraikan sebab-sebab anda berpendapat sedemikian.
                                                                                                         [7 markah]
Soalan 4(a)
-        Jawapan berdasarkan satu daripada novel yang dipelajari.
-        Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap (bentuk karangan)
-        Berikan 2 markah untuk 1 sebab/alasan yang lengkap/jelas
-        Berikan 1 markah untuk 1 sebab yang kurang lengkap/kurang jelas
-        Markah isi maksimum 4 markah
-        Markah bahasa maksimum 3 markah
-        Markah bahasa diberikan secara impression
                              Baik                      =             3 markah
                              Sederhana           =             2 markah
                              Lemah                  =             1 markah
-        Jika calon menjawab dan markah isi 0 markah, berikan 1 markah untuk bahasa. Markah bahasa tidak melebihi markah isi.
-        Calon tidak menjawab 0 markah
CONTOH:
Novel yang saya kaji ialah Kembara Amira karya Amer Hamzah L.Kadir.
                              Watak yang saya kagumi ialah Amira Amir. Saya mengaguminya kerana dia seorang yang berani. Buktinya, dia berani menghadapi pelbagai cabaran ketika menyertai ibunya Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejak kewujudan tamadun manusia di Bukit Mat Raya. Dia tidak mudah patah semangat apabila menghadapi dugaan dan halangan.
                              Amira juga seorang yang bijak. Dia dapat mengenal pasti nama dan bentuk buruj yang terdapat di langit. Dia juga telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di ibu kota dalam bidang aeroangkasa.

(b)          Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan perbezaan, satu latar masyarakat dalam dua buah novel yang anda pelajari.
                                                                                                         [8 markah]
Soalan 4(b)
-        Jawapan berdasarkan dua daripada novel yang dipelajari.
-        Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap
-        Berikan 1 markah untuk 1 konflik setiap watak dalam setiap novel
-        Berikan 2 markah untuk cara menyelesaikan konflik yang dihuraikan dengan lengkap dalam setiap novel
-        Berikan 1 markah untuk cara menyelesaikan konflik yang tidak dihuraikan  dengan lengkap dalam setiap novel
-        Huraian tanpa menyatakan konflik berikan 0 markah
-        Markah isi maksimum 6 markah (maksimum 3 markah bagi setiap novel)
-        Markah bahasa maksimum 2 markah
-        Markah bahasa diberikan secara impression
                              Baik                      =             2 markah
                              Lemah                  =             1 markah
-        Jika calon menjawab dan markah isi 0 markah, berikan 1 markah untuk bahasa
Calon tidak menjawab 0 markah
CONTOH:
Dalam novel Kembara Amira,  latar masyarakat yang diketengahkan ialah masyarakat  yang  penyayang. Hal ini digambarkan melalui watak ibu Amira iaitu Profesor Zaidah yang sangat menyayangi anaknya.  Buktinya, meskipun sibuk dengan  kerja cari galinya, Profesor Zaidah tetap mengambil berat tentang perkara yang berlaku kepada Amira. Masyarakat penyayang juga digambarkan melalui watak Tau yang amat menyayangi  anaknya, Sabi sehingga dia sanggup menculik Sabi daripada ibunya.
Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang prihatin. Hal ini dibuktikan melalui watak Amira yang sangat prihatin terhadap rakan baiknya, Jacinta. Amira mengajak Jacinta untuk bercuti bersama-samanya di Desa Karpus kerana tidak sampai hati membiarkan Jacinta menghabiskan masa cutinya seorang diri.
Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang prihatin. Hal ini dibuktikan melalui watak Amira yang sangat prihatin terhadap rakan baiknya, Jacinta. Amira mengajak Jacinta untuk bercuti bersama-samanya di Desa Karpus kerana tidak sampai hati membiarkan Jacinta menghabiskan masa cutinya seorang diri.