Friday, January 13, 2012

Pengucapan Umum

5 MERANCANG PENGENALAN DAN PENUTUP
OBJEKTIF
  1. Memahami teknik merancang pengenalan ucapan yang berkesan.
  2. Menyusun protokol yang betul pada awal ucapan.
  3. Menerangkan cara-cara menutup ucapan yang berkesan.
TOPIK 1:
Merancang pengenalan ucapan.
  1. Salam dan ucap selamat.
  2. Penghormatan protokol.
  3. Teknik menarik perhatian.
  4. Preview dan
  5. Prosedur

1.Salam dan ucap selamat.
        Permulaan dalam ucapan.
        Mengucapkan salam
               - muslim &
               - ucap selamat
                              - pagi,
                              - petang dan
                              - sejahtera @ seumpamanya.
2.Penghormatan Protokol
        Ada 2: kata sapaan dan gelaran.
        Mesti dibuat dgn tepat dan disusun mengikut hirarki.
        Jangan hafal.
        Ditulis dengan jelas.
        Mesti ditulis satu persatu – elak kesilapan.
        Kerana agak sensitif.
Contoh kata sapaan
        Yang Mulia                                        Pengerusi Majlis.
        Yang Amat Berhormat                    PM, TPM, MB, KM
        Yang Amat Berbahagia                   Isteri kpd YAB & Tun.
        Yang Berhormat                              Wakil rakyat (Parlimen @ DUN), Speaker                                                                                           Dewan, SUK Negeri, Peg. Kewangan                                                                                                   Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri, Senator.

        Yang Berbahagia                             Dhif kehormat @ jemputan Khas yang tidak                                                                                      termasuk dalam kumpulan di atas spt.
Ketua Jabatan Ketua Pengarah, Pengarah, Dekan, Ketua Ekssekutif, Pensyarah, Penceramah, Pengetua, Guru Besar dsb.
        Yang Berusaha                          Ketua J/K penganjur @
ketua tuan rumah tempat majlis diadakan.
        Yang dihormati                         Hadirin dan hadirat keseluruhannya.
Contoh Gelaran
        Tun
        Tan Sri
        Dato’ Seri
        Dato’ Paduka
        Dato’ Seri Utama
        Dato’ Seri Amar DiRaja
        Datuk Wira
        Datuk Patinggi
        Datuk Amar
        Dato
        Datuk

Untuk Isteri
        Toh Puan
        Puan Seri
        Datin Seri
        Datin Paduka
        Datin
* Mesti disusun dengan tepat.
                    
3.Teknik Menarik Perhatian
  1. Memberikan kenyataan yang mengejutkan.
  2. Memberikan statistik.
  3. Mengajukan soalan.
  4. Memberikan atau membacakan petikan dari sumber tertentu.
  5. Memberikan kenyataan lucu.
* Perlu sesuai.


4.      Preview
Sebut topik bicara berserta idea utama @ ruang lingkup serta batas penyampaian.
Contoh:
“….Pada hari yang berbahagia ini saya akan membicarakan sedikit sebanyak darihal Penagihan Dadah di Malaysia. Secara khususnya saya akan mengupas berkaitan mangsa penagihan najis dadah ini, kesan-kesan penagihan serta apakah punca-punca yang menjerumuskan remaja kita kepada penagihan najis dadah ini…..”
* Dapat memberikan panduan kpd audiens.


5.      Prosedur
        Hanya opsyenal
        Audiens diberitahu ttg:
        - alat yang akan digunakan dalam pembentangan,
        - memperkenalkan pembantu.
        Dilakukan hanya jika berkenaan.
Contoh:
“…Hadirin sekalian, dalam masa memperkatakan darihal topik Penyalahgunaan Dadah ini, saya akan menunjukkan beberapa keping slaid, saya juga akan menayangkan poster-poster dan dihujung ucapan nanti saya akan mengadakan tayangan video ringkas selama lebih kurang tiga minit bagi menunjukkan keadaan penagih di beberapa kawasan serbuan kami di sekitar ibu kota. Dalam mengendalikan slaid projektor dan pemain video nanti, saya akan dibantu oleh pembantu saya, Cik Siti Norhaliza….”


Merancang Penutupan Majlis
        Review
        Kenyataan untuk diingati
        Penyudah bicara

No comments:

Post a Comment