Saturday, January 28, 2012

Tugasan Pelajar

LATIHAN TATABAHASA – PERIBAHASA
A.    Berikan maksud peribahasa di bawah.

(i)              Harapkan pagar, pagar makan padi.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

(ii)            Bagai aur dengan tebing
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

(iii)          Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

B.      Berikan maksud peribahasa yang sesuai dengan petikan di bawah.

(i)              Setelah dinaikkan pangkat menjadi pengarah syarikat ternama itu, Amin tidak pernah pulang ke kampung melawat ibu bapanya.
…………………………………………………………………………………….

(ii)            Baju yang dibeli oleh Mardiah sejak lima tahun lalu masih elok dan boleh dipakai kerana harganya mahal serta dibuat daripada bahan yang berkualiti.
………………………………………………………………………………………..

(iii)           Pak Ludin yang dibuang kerja itu kini hidup lebih menderita apabila isterinya turut diberhentikan daripada menjadi pembantu di rumah orang kaya itu.
………………………………………………………………………………………...

C.    Isi tempat kosong di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai.
Aminah sudah lama tidak pulang ke kampung untuk menziarahi keluarganya ekoran daripada perselisihan faham dengan adik - beradiknya. Dia memberikan alasan bahawa kampung itu jauh dan jalan menuju ke sana bengkang – bengkok …………………………………………. Walau bagaimanapun, dalam hati kecilnya tetap mengakui hubungan kekeluargaan penting dan mesti dikekalkan kerana…………………………………………………..  Segala susah payah balik ke kampung dan kesibukan berkerja bukanlah alasan untuk dia tidak menziarahi kaum keluarga kerana…………………………………………………….. .
 ( 6 markah )

No comments:

Post a Comment