Saturday, January 28, 2012

Tugasan Pelajar

Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

            “Cekodok aje? Airnya pula macam Sungai Kelang!” rungut Israk bagaikan tuan besar.
            “Abang ni macam perempuan. Cerewet tidak semena-mena. Makan sajalah! Atau abang mati kebuluran.” Asap kemarahan dilepaskan sedikit demi sedikit.
            “Buang masa saja tinggal di sini! Bara kata-kata Israk itu memanaskan lagi telinga Mikraj.
            Bersarang perasaan geramya di dalam hati apabila Israk beredar. Lagak Israk menewaskan lagak orang yang berlagak. Dia masih belum sedar daripada mimpinya. Agaknya kalau ditimpa musibah baru dia akan sedar. Sudah terhantuk baru tengadah.
            Israk menekan punat televisyen. Malangnya tiada apa-apa pada skrin. Kaca TV hitam sahaja. Israk mencebik.
            “TV pun rosak!” Sengaja ditinggikan suaranya seperti “injak naik” yang menaikkan jumlah voltan arus yang mengalir.
            Dengan sopan kerusi ditolak ke bawah meja. Mikraj menapak ke ruang tamu seluas 4m x 6m itu. Mata bundarnya memandang Israk yang mundar-mandir di situ. Bagaikan cacing kepanasan. Sesungguhnya dia tidak serasi dengan situasi di situ, di rumah Wah, Kampung Sayong.
            “Bukankah Wah lebih tua daripada kita. Lagipun dia nenek kita. Tentu orang cerdik seperti abang tahu tanggungjawab!”
            Israk melemparkan pandangan ke luar jendela. Daun pokok pisang melambai-lambainya seolah-olah mengejinya. Dia mengetap bibir.  


                          (Dipetik daripada cerpen‘Israk’ Oleh Erda Roslan Khairi dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)              Apakah yang dimaksudkan dengan bara kata-kata ?
[ 2 markah ]
     
(ii)            Sekiranya anda Mikraj, apakah cara yang wajar untuk menegur sikap Israk?

[ 3 markah ]

(iii)          Jelaskan dua nilai berdasarkan petikan dan dua nilai lain daripada keseluruhan cerpen.    
[ 4 markah ]
     
Soalan 2 ( c ) - Petikan Prosa Klasik
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

               Sampailah khabar kepada merah Hasum bahawa Merah Silu bermain dengan binatang liar yang tidak disukai oleh orang ramai. Tempat itu diberi nama Kerbau Kampung. Merah Hasum memanggil seorang hamba, katanya, “Pergi engkau katakan kepada saudaraku, Merah Silu, apa gunanya bermain binatang yang tiada berguna kkepada orang banyak itu. Dia memberi aku malu. Jika dia tiada mendengar kataku ini, nyahlah dia dari negeri ini; janganlah ia duduk bersama-sama aku.”
            Hamba sahaya Merah Hasum menyampaikan nasihat itu kepada Merah Silu. Setelah mendengar dan menimbangkan kata-kata Merah Hasum itu, Merah Silu berfikir dalam hatinya, “Baiklah, jikalau Merah Hasum berkata demikian kepadaku, aku pun hendak mencari tempat diam.”
            Pada hari yang baik, Merah Silu pun berjalan meninggalkan kampung itu. Dibawa segala hartanya dan juga kerbau. Ada kira-kira tujuh orang yang membawa senawat. Bukit yang dilalui Merah Silu menjadi lekuk bekas kerbau itu berjalan. Tiada beberapa lama berjalan, Merah Silu sampailah di hulu Sungai Pasangan, lalu tiba di simpang hulu Karang. Merah Silu pun diamlah di negeri itu.

                                                                                                                                                              (Dipetik daripada Prosa Klasik dalam antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan pustaka


(i)               Berikan maksud rangkai kata menimbangkan kata-kata.         
[2 markah]
   
(ii)             Berdasarkan petikan di atas, nyatakan sebab-sebab Merah Silu meninggalkan Kerbau Kampung dan  tinggal di simpang hulu Karang.                                          [3 markah ]



(iii)           Sekiranya anda berada di perantauan, apakah tindakan yang akan anda lakukan  supaya disenangi oleh penduduk setempat?                                           [ 3 markah ]


No comments:

Post a Comment