Penulisan

5 MERANCANG PENGENALAN DAN PENUTUP
OBJEKTIF
  1. Memahami teknik merancang pengenalan ucapan yang berkesan.
  2. Menyusun protokol yang betul pada awal ucapan.
  3. Menerangkan cara-cara menutup ucapan yang berkesan.
TOPIK 1:
Merancang pengenalan ucapan.
  1. Salam dan ucap selamat.
  2. Penghormatan protokol.
  3. Teknik menarik perhatian.
  4. Preview dan
  5. Prosedur

1.Salam dan ucap selamat.
        Permulaan dalam ucapan.
        Mengucapkan salam
               - muslim &
               - ucap selamat
                              - pagi,
                              - petang dan
                              - sejahtera @ seumpamanya.
2.Penghormatan Protokol
        Ada 2: kata sapaan dan gelaran.
        Mesti dibuat dgn tepat dan disusun mengikut hirarki.
        Jangan hafal.
        Ditulis dengan jelas.
        Mesti ditulis satu persatu – elak kesilapan.
        Kerana agak sensitif.
Contoh kata sapaan
        Yang Mulia                                        Pengerusi Majlis.
        Yang Amat Berhormat                    PM, TPM, MB, KM
        Yang Amat Berbahagia                   Isteri kpd YAB & Tun.
        Yang Berhormat                              Wakil rakyat (Parlimen @ DUN), Speaker                                                                                           Dewan, SUK Negeri, Peg. Kewangan                                                                                                   Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri, Senator.

        Yang Berbahagia                             Dhif kehormat @ jemputan Khas yang tidak                                                                                      termasuk dalam kumpulan di atas spt.
Ketua Jabatan Ketua Pengarah, Pengarah, Dekan, Ketua Ekssekutif, Pensyarah, Penceramah, Pengetua, Guru Besar dsb.
        Yang Berusaha                          Ketua J/K penganjur @
ketua tuan rumah tempat majlis diadakan.
        Yang dihormati                         Hadirin dan hadirat keseluruhannya.
Contoh Gelaran
        Tun
        Tan Sri
        Dato’ Seri
        Dato’ Paduka
        Dato’ Seri Utama
        Dato’ Seri Amar DiRaja
        Datuk Wira
        Datuk Patinggi
        Datuk Amar
        Dato
        Datuk

Untuk Isteri
        Toh Puan
        Puan Seri
        Datin Seri
        Datin Paduka
        Datin
* Mesti disusun dengan tepat.
                    
3.Teknik Menarik Perhatian
  1. Memberikan kenyataan yang mengejutkan.
  2. Memberikan statistik.
  3. Mengajukan soalan.
  4. Memberikan atau membacakan petikan dari sumber tertentu.
  5. Memberikan kenyataan lucu.
* Perlu sesuai.


4.      Preview
Sebut topik bicara berserta idea utama @ ruang lingkup serta batas penyampaian.
Contoh:
“….Pada hari yang berbahagia ini saya akan membicarakan sedikit sebanyak darihal Penagihan Dadah di Malaysia. Secara khususnya saya akan mengupas berkaitan mangsa penagihan najis dadah ini, kesan-kesan penagihan serta apakah punca-punca yang menjerumuskan remaja kita kepada penagihan najis dadah ini…..”
* Dapat memberikan panduan kpd audiens.


5.      Prosedur
        Hanya opsyenal
        Audiens diberitahu ttg:
        - alat yang akan digunakan dalam pembentangan,
        - memperkenalkan pembantu.
        Dilakukan hanya jika berkenaan.
Contoh:
“…Hadirin sekalian, dalam masa memperkatakan darihal topik Penyalahgunaan Dadah ini, saya akan menunjukkan beberapa keping slaid, saya juga akan menayangkan poster-poster dan dihujung ucapan nanti saya akan mengadakan tayangan video ringkas selama lebih kurang tiga minit bagi menunjukkan keadaan penagih di beberapa kawasan serbuan kami di sekitar ibu kota. Dalam mengendalikan slaid projektor dan pemain video nanti, saya akan dibantu oleh pembantu saya, Cik Siti Norhaliza….”


Merancang Penutupan Majlis
        Review
        Kenyataan untuk diingati
        Penyudah bicara


Alat-alat penulisan
Definisi    
        Cara atau kaedah yang digunakan untuk menyampaikan idea atau buah fikiran supaya (i) sampai kpd khalayak dan (ii) menghasilkan kesan yang kita ingini.
        Antaranya :
  1. Takrifan                                             4.  Percontohan
  2. Penamsilan                                       5.  Petikan
  3. Perbandingan                                   6.  Anekdot

Penakrifan
Berasal dpd perkataan Arab, takrif @ ‘beritahu’ @Latin ‘definire’ (batasan @ sekatan)
Cara penakrifan:
  1. Penakrifan senama.
  2. Takrifan nominal.
  3. Takrifan asal-usul.
  4. Takrifan contoh.
  5. Takrifan kelas pembahagian.
  6. Takrifan Ostensif.

Penakrifan Senama
        Berdasarkan petikan di atas, ada baiknya dimulai di sini pembicaraan tentang pengertian struktur yang mungkin akan menjadi penyebab segala kesukaran tadi. Secara kata, struktur berhubungan dengan bentuk atau “form”. Struktur adalah makna yang mengambil bentuk, sehingga struktur rumah adalah sinonim dengan bentuk rumah, paling tidak dalam pengertian popular. Tidak ada perbezaan yang jelas antara struktur dan bentuk, bahkan mungkin disamakan. Paling-paling, penggunaan istilah struktur dianggap lebih bersifat ilmiah dibandingkan dengan istilah bentuk.
(Umar Junus 1960. “Strukturalisme dari Segi Sastera”Dalam Strukturalisme: Satu Tinjauan Multidisiplin, Jurnal JPM, Universiti Malaya).

Takrifan Nominal
        Iaitu menyatakan makna yang sepatutnya bagi istilah yang ditakrifkan itu.
        Mesti menakrifkan semula istilah atau simbol lama tersebut.
        Bagi istilah baru @  istilah lama yang mempunyai makna baru, takrifan nominal perlu diberikan.

Takrifan Asal Usul
        Berasaskan kepada etimologi kata.
        Dilakukan melaui perbincangan makna asal serta perubahan @ perkembangan yang dilalui oleh  perkataan itu sendiri.
Contoh
        Menurut pengertian al-Quran, istilah khalifah bermaksud pernyataan konsep bahawa manusia diberi kebolehan untuk mengurus dan menguasai dunianya sebagai suatu amanah dan menerusi itu, dia mencapai kebahagiaan di dunia dan menentukan tempatnya yang kekal di akhirat … Dalam pemikiran politik Islam, jawatan khalifah dimaksudkan sebagai peranan khalifah yang pertama iaitu Abu Bakar (pengganti Nabi Muhammad sebagai ketua orang Islam). Dalam hubungan ini jelaslah bahawa selepas wafatnya Muhammad Rasulullah S.A.W maka lahirlah pula peranan Nabi dan Rasul, dan khalifah mengambil tempat sebagai pemimpin umat Islam. Namun tanggungjawab khalifah itu tidak boleh sama sekali disamakan dengan kedudukan Nabi atau Rasulullah S.A.W.
(Abdulhamid A.AbuSulayman 1988. Perhubungan Antarabangsa Menurut Teori Islam, DBP, hlm 23-30)

Takrifan Contoh
        Dilakukan dengan cara menerangkan sesuatu perkara atau konsep melalui contoh-contoh.
        Berguna untuk menerangkan konsep abstrak, seperti: agama, budaya, demokrasi, demokrasi, kapitalisme, pembangunan, perusahaan, kesedihan dsb.
        Akan membawa makna yang berguna jika kedua-dua istilah (contoh & khusus) tersebut difahami.
        Takrifan ini juga cuba memberi  gambaran atau panduan terhadap makna sesuatu istilah.
Contoh
        Salah satu novel Inggeris berunsur satira ialah Animal Farm yang begitu berleluasa pembacaannya sehingga dijadikan teks pengajian bahasa Inggeris dikebanyakan sekolah. Ada juga novel Melayu yang ditulis ke arah sifat satira ini seperti Anak Mat Lela Gila, Putera Gunung Tahan, dan Tikus Rahmat.

Takrifan Kelas Pembahagian
        Kaedah ini diperkenalkan oleh Aristotle.
        Dikenali  juga sbg takrifan Aristotlelian.
        Juga disebut sbg takrifan genus-spesies.
        Dilakukan melalui penerangan makna dengan cara meletakkan istilah pada kelasnya dan kemudian menunjukkan bagaimana ia berbeza dpd anggota lain dalam kelas itu.
        Sesuai untu pelbagai keadaan.
        Setiap benda mempunyai kelasnya masing-masing dan lebih mudah utk menyebutkan sesuatu perkara. Cth: mamalia – anjing, arnab & kucing (mamalia jinak & menjadi binatang peliharaan @ kesayangan).
Contoh
  1. Aids adalah satu penyakit (kelas) yang disebabkan oleh sejenis virus yang menganggu sistem ketahanan badan mangsa yang dijangkitinya (pembahagian).
  2. Pengiklanan ialah suatu kegiatan komunikasi informasi (kelas) tentang barangan, perkhidmatan @ idea. Ia bersifat pujukan dan dijalankan menerusi berbagai-bagai media      (pembahagian).
  3. Secara umumnya, sikap kependatangan adalah suatu keadaan alam fikiran individu dan kelompok yang didorong lebih banyak oleh anasir kemasyarakatan dan kebudayaan asing dari negara luar yang tidak mengalami proses penyesuaian dengan ciri ekologi setempat serta tidak tumbuh sebagai tradisi setempat. Alam fikiran sebegini amat banyak berpegang kepada ciri kebudayaan asing untuk menjadi media pengucapan dan identiti ini. Dengan demikian, lebih tampak keasingan daripada kesesuaian identiti.

(Zainal Kling 1987. “Kependatangan”, Dewan Budaya, hlm. 16)


Takrifan Ostensif
Cth;
        makna pelangi – blh diterangkan dengan menunjukkan jaluran warna-warni yang timbul selepas hujan.
        “abah” – diulang dgn menunjukkan bhg dada, utk menegaskan.
        kalau berbentuk abstrak – digambarkan dengan ilustrasi.

Takrif Lain
1.     Penamsilan
i.                 Analogi
ii.                Penaakulan
iii.               Kias ibarat
- Dilakukan dengan cara memperkenalkan subjek kedua utk menunjukkan persamaan dan ini dapat menerangkan sesuatu ttg topik utama dan membuat justifikasi terhadapnya.



Contoh Analogi
        Perbandingan antara bahasa dengan perahu: ke dua-dua nya mempunyai perbezaan yg amat jauh namun mempunyai satu bentuk persamaan.
               “Bahasa ialah perahu yang didayung oleh setiap sasterawan yang ditumpang oleh pembaca dalam pelayaran yang indah untuk mencari kebenaran”
(Kris Mas 1977. “Erti dan Makna”, Dewan Sastera,Hlm. 40)

2.     Perbandingan
i.                 Menanggapi sesuatu perkara melalui perbezaannya dengan perkara lain.
ii.                Tulisan dan gambar dapat dibaca kerana adanya kontras warna. (hitam putih @ warna lain)
iii.               Tua-muda, Besar-kecil, @ baik-jahat, kuat-lemah, sakit-sihat, gagal-berjaya, suka-benci, menangis-ketawa dll.
iv.               Perhubungan di antara perbezaan/kontras dgn tanggapan & di anatara persamaan dan pemahaman berlaku sejak berkurun lamanya.
v.                Plato & Aristotle pernah menyentuhnya dan membuat kesimpulan bhw kebolehan untuk melihat perbezaan dpd persamaan dan persamaan dpd perbezaan adalah tanda-tanda kepintaran. Oleh itu soalan “bandingkan” @ “bezakan” amat popular.
vi.               Membuktikan kita dapat berfikir secara jelas dan membantu orang lain utk melihat dan memahaminya.

3.     Percontohan
i.                 Teknik yang digunakan untuk membantu menerangkan.
ii.                Biasanya menggunakan perkataan misalnya, contohnya, seperti dan umpamanya. @
iii.               Terus dikemukakan idea yang dinyatakan.
iv.               @ jenis percontohan:
               (i)  percontohan berganda.
               (ii) percontohan mengembang.

4.     Petikan
i.                 Digunakan untuk menyokong:
               (i)   hujah
               (ii)  kenyataan
               (iii) idea

5.     Anekdot
i.                 Contoh @ illustrasi – dibuat dalam bentuk cerita ringkas yang menarik untuk menjelaskan maksud yang ingin dikemukakan.
ii.                Biasanya bersifat dramatik dan lucu.