Riwayat Bahasa

Salasilah Bahasa

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Makan sirih berpinang tidak,
Pinang ada di bawah tangga;
Makan sirih mengeyang tidak,
Tanda budi dengan bahasa.

Asal usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Bagaimanapun, istilah "Melayu" adalah sangat baru dan timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi. Tulisan itu menyebut orang Mo-lo-yeu, tetapi letaknya kerajaan Mo-lo-yeu ini tidak dapat dipastikan: ada yang mengatakan di Semenanjung Tanah Melayu dan ada yang mengatakan di Jambi, Sumatera. Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak tahun 683, dengan terjumpanya empat buah batu bersurat:
  1. di Kedukan Bukit, Palembang, pada 683 Masihi
  2. di Talang Tuwo, Palembang, pada 684 Masihi
  3. di Kota Kapur, Pulau Bangka, pada 686 Masihi
  4. di Karang Brahi, Meringin, daerah hulu Jambi pada 686 Masihi.
Ada yang berpendapat bahasa Melayu berasal daripada Asia Tengah, ada juga yang berpendapat bahasa Melayu sudah lama wujud di Kepulauan Melayu.
Bahasa Austronesia tergolong dalam keluarga bahasa . Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat cabang, iaitu:
Menurut beberapa teori, penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia yang datang sejak 2500 SM dari daerah Yunan dalam beberapa bentuk gelombang pergerakan manusia dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Golongan pertama ini dipanggil Melayu Proto. Kemudian, pada kira-kira tahun 1500 SM, datangnya golongan kedua pula yang menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara yang dipanggil Melayu Deutro.
  1. bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu (atau Nusantara)
  2. bahasa-bahasa Polinesia, umpamanya bahasa-bahasa HawaiiTonga, dan Maori
  3. bahasa-bahasa Melanesia, umpamanya bahasa-bahasa di Kepulauan FijiNew Caledonia dan Irian
  4. bahasa-bahasa Mikronesia, umpamanya bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert. [2]
Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara yang mempunyai paling banyak bahasa, iaitu kira-kira 200-300 bahasa. Oleh itu, bahasa-bahasa Nusantara dibahagikan lagi kepada 16 golongan tertentu, antaranya:
Menurut ahli-ahli bahasa dan sejarah ini, Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripadabahasa Melayu Kuno. Ini bermakna bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain. Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.

Salasilah Bahasa Melayu

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Asal usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam.Bagaimanapun, istilah "Melayu" adalah sangat baru dan timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi. Tulisan itu menyebut orang Mo-lo-yeu, tetapi letaknya kerajaan Mo-lo-yeu ini tidak dapat dipastikan: ada yang mengatakan di Semenanjung Tanah Melayu dan ada yang mengatakan di Jambi, Sumatera. Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak tahun 683, dengan terjumpanya empat buah batu bersurat:
  1. di Kedukan Bukit, Palembang, pada 683 Masihi
  2. di Talang Tuwo, palembang, pada 684 Masihi
  3. di Kota Kapur, Pulau Bangka, pada 686 Masihi
  4. di Karang Brahi, Meringin, daerah hulu Jambi pada 686 Masihi.
Ada yang berpendapat bahasa Melayu berasal daripada Asia tengah, ada juga yang berpendapat bahasa Melayu sudah lama wujud di Kepulauan Melayu.

Menurut beberapa teori, penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia yang datang sejak 2500 Sm dari daerah Yunan dalam beberapa bentuk gelombang pergerakan manusia dan menduduki wilayah Asia Tenggara.  Golongan pertama ini dipanggil Melayu Proto. Kemudian, pada kira-kira tahun 1500 Sm, datangnya golongan kedua pula yang menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara yang dipanggil Melayu Deutro. 
Bahasa Austronesia tergolong dalam keluarga bahasa Austris. Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat cabang, iaitu:
  1. bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu
  2. bahasa-bahasa Polinesia, umpamanya bahasa-bahasa hawaii, Tonga, dan Maori
  3. bahasa-bahasa Melanesia, umpamanya bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji dan Irian
  4. bahasa-bahasa Mikronesia, umpamanya bahasa-bahasa di kepulauan Mariana, Marshall, Carolina dan Gilbert. 
Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara yang mempunyai paling banyak bahasa, iaitu kira-kira 200-300 bahasa. Oleh itu, bahasa-bahasa Nusantara dibahagikan lagi kepada 16 golongan tertentu, antaranya:
  • Golongan Filiphina: umpamanya bahasa Tagalog, iloko dan Sulu
  • Golongan Sumatera: umpamanya bahasa-Aceh,  MInangkabau, Melayu, Batak, Lampung, dan Orang La
  • Golongan Jawa: umpamanya bahasa Sunda, Jawa dan Madura
  • Golongan Kalimantan: umpamanya bahasa Iban, Melanau