Saturday, January 28, 2012

AYAT YANG BERKESAN

AYAT YANG BERKESAN
1.    Karangan
        Dibina oleh:
               - perkataan
               - ayat
               - perenggan
        Dibentuk utk menyampaikan idea dan maklumat.
        Fungsi penulisan utk: menyusun, mengatur dan menghurai.
        Kita bergerak dari: pendapat, pandangan, wawasan dan intuisi ke arah pemikiran.

Menurut Prof. Awang Sariyan
        Karangan sbg binaan wacana dilihat sebagai sehimpunan perenggan yang saling berkait.
        Kekecualian hanya pada: pengumuman, nota telegram dan ucapan pada kad.
        Perenggan terbina daripada sehimpunan ayat.
        Ayat dijalin/dianyam dengan kemas.
        Perenggan yang terdiri dpd bebepa ayat dan memperlihatkan pertalian di antara satu sama lain.
        Karangan yang berkesan bergantung kepada  ayat yang berkesan.
        Ayat yang berkesan: dapat menampilkan sesuatu fikiran atau maklumat dengan jelas dan tidak menimbulkan kesulitan kepada  pemahaman pembaca.
        Sesuai dengan takrif ayat oleh ahli tatabahasa tradisional yang bermaksud “bentuk bahasa yang mengandungi fikiran yang lengkap”.
        Ayat yang tidak sempurna akan menjadi tidak berkesan. Dan menghasilkan karangan yang tidak berkesan.

6 SYARAT UNTUK AYAT YANG BERKESAN

1.      Kesatuan gagasan
2.      Kepaduan
3.      Penekanan - pelengkap
4.      Kepelbagaian - pelengkap            
5.      Kesejajaran -pelengkap                 
6.      Penalaran dan logika.

1.      Kesatuan gagasan
·        Setiap ayat hendaklah mendukung sesuatu gagasan @ idea.
·        Berfungsi mengembangkan tema @ isu yg menjadi asas karangan.
·        Karangan bertunjangkan satu tema @ isu pokok.
·        Perlukan kpd huraian @ pengembangan melalui ayat.
·        Oleh sebab itu,ayat perlu gagasan yang jelas.
·        Dapat memperlihatkan tema @ fokus.
·        Ayat yang digunakan mestilah berpada. Jika semakin banyak maka semakin banyak pula gagasan Jika tidak penulis akan kehilangan fokus dan ayat menjadi lemah. Ayat yang lemah adalah ayat yang tidak berkesan.
CONTOH:
        “Oleh sebab itu, salah satu jalan untuk membimbing anak ke arah kebebasan berfikir untuk meninggikan daya cipta yang lebih tinggi, diiringi pula oleh pengawasan yang teliti dan saksam daripada orang tua yang sekali gus perlu memahami kejiwaan anaknya”.
        Gagasan:
        (i)   pentingnya kebebasan berfikir.
        (ii)  pentingnya pengawasan yang teliti.
        (iii) pentingnya ibu bapa memahami masalah         kejiwaan anaknya.
=    3 gagasan menjadikan kehilangan fokus,   dan tidak ada kesatuan gagasan.
                    JIKA :
        Dipecahkan  kepada 3 ayat secara berasingan.
        Contoh:
                    “ Hanya dengan pendidikan sahajalah anak itu kelak akan dapat menenmpatkan dirinya sebagai anggota masyarakat yang berguna”.
        Mengandungi hanya satu gagasan sahaja.
        Maksudnya jelas.
        Pembaca tidak terkacau dengan gagasan lain.
        Dapat dengan mudah menangkap maksud gagasan pentingnya pendidikan kepada anak.

SUBJEK + PREDIKAT
        Perlu jelas.
        Subjek merupakan pokok atau hal yang dibicarakan.
        Predikat keterangan tentang hal subjek.
        Ayat yang tidak sempurna (S) dan (P)nya adalah ayat yang tidak berkesan.
        Contoh:
                    “ Menurut Kementerian Dalam Negeri, (Subjek –frasa sendi, sepatutnya hanya frasa nama sbg binaan subjek) menyatakan bahawa kegiatan ajaran sesat dapat dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama”.
Perlu diubah:
                    “Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa kegiatan ajaran sesat dapat dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama”.
                                                                           @
                    “Menurut Kementerian Dalam Negeri (keterangan ayat), kegiatan ajaran sesat (subjek) dapat dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama.

Rumusannya, pembinaan ayat yang sempurnamembentu menghasilkan ayat yang berkesan.

2.      KEPADUAN
Iaitu hubungan secara timbal balik yang baik dan jelas antara  unsur pembentuk ayat (UPA).UPA (kata & frasa) mestilah menepati jalan bahasa. Untuk meghasilkan ayat yang padu.Oleh sebab itu perlu tahu aturan tatabahasa.
Contoh:
1.      Hakim menjatuhkan pengedar dadah itu hukuman gantung sampai mati. (OB)
2.      Hakim menjatuhkan hukuman gantung hingga mati kepada pengedar dadah itu. (OB)
3.      Hakim menjatuhi pengedar dadah itu hukuman gantung sampai mati.(OMS)
        Perlu tahu susunan KKT yang berakhiran –kan dan –i.
        Hukum D-M.
Meletakkan sesuatu kata yang tidak perlu.

3.      PENEGASAN
·        Ayat yang dapat menonjolkan sesuatu gagasan sekali gus menjadi tema ayat yang berkesan.
·        Salah satu cara melakuakn penegasan ialah dengan mengubah kedudukan bahagian tertentu dalam ayat.
·        Boleh dilakukan dengan
     (i)  proses penyongsangan ayat.
     (ii) pemasifan ayat.
     (iii)mengulang unsur dalam ayat.
     (iv)mempertentangkan dua kenyataan

i)             Penyongsangan
        Ayat Biasa:
        Lukisan itu / sungguh cantik.
                       (S)                                         (P)
        Ayat Songsang:
        Sungguh cantik / lukisan itu.
                       (P)                                           (S)
Boleh juga dikedepankan unsur keterangan.
Untuk: (i)   tujuan penegasan
                          (ii)   keindahan
ii)            Pemasifan
Aku ingin sekali menemui ibu kandungku. (ayat aktif)
Ibu kandungku ingin sekali kutemui.
        (ayat pasif)

iii)           Pengulangan unsur dalam ayat
Contoh dalam pidato:
        Kesejahteraan mestilah dilihat secara luas, iaitu kesejahteraan ekonomi, kesejahteraan sosial dan kesejahteraan mental”.
        Penegasan melalui pengulangan kata kunci-menjadikan pembaca dapat menanggap tema ayat dan gagasan yang hendak disampaikan oleh penulis.

iv)           Pertentangan 2 kenyataan
        Mendorong supaya berfikir secara jelas, iaitu melihat positif dan negatifnya dan menyimpulkan mesej penulisan dengan cepat.
        Contoh:
        Kita tidak mengingini generasi yang memuja kebendaan, tetapi generasi yang berpegang kuat kepada nilai akhlak.
        Kita tidak mengingini generasi yang memuja kebendaan. (tidak berupaya)

4.  KEPELBAGAIAN
·        Ialah kelaianan bentuk yang digunakan untuk menyatakan sesuatu maksud.
·        Namun maknanya tetap sama walau pun berlainan bentuk.Ini membuktikan sifat kreatif bahasa dan manusia.Oleh sebab itu kita mestilah mendalami semua aspek sistem bahasa (i.e, tatabahasa,kosa kata, bunyi bahasa dan gaya bahasa)
·        Dapat dimanfaatkan dengan penggunaan unsur sinonim (kata seerti), kepelbagaian pola dan jenis ayat, kepelbagaian ayat aktif dan ayat pasif, serta kepelbagaian yang melibatkan perubahan kedudukan sesuatu unsur dalam ayat.Dgn ini dapat menghidupkan tulisan, di samping mengelakkan rasa jemu pembaca.
Jenis-jenis Kepelbagaian:
1.      Kepelbagaian sinonim @ kata seerti.
        - Perlu rujuk kamus umum, istilah dan       peribahasa.
        - kata asing untuk, untuk mendukung        makna dan konsep yang baharu.
2.      Kepelbagaian pola dan jenis ayat.
        -  dpt dihasilkan dengan menggunakan     pola ayat inti @ ayat tunggal dan ayat         terbitan mengikut kesesuaian konteks.
Aspek yang perlu dikuasai
        Pola ayat dasar/inti:
                    FN + FN
                    FN + FS
                    FN + FA
                    FN + FK
Ayat Terbitan
        Ayat songsang ,Ayat nafi ,Ayat penegas ,Ayat pasif ,Ayat perintah ,Ayat tanya ,Ayat seru ,Ayat penggalan ,Ayat dengan kata kerja berpelengkap ,Ayat dengan adjektif berpelengkap

5.      KESEJAJARAN
Ialah sesuatu gagasan atau idea yg dinyatakan dalam bentuk KN (gaya nominal) hendaklah diikuti oleh gagasan lain (yg sama fungsinya – spt objek, subjek dsb) dalam bentuk KN juga.Dgn ini dapat menimbulkan ayat yang berkesan.
Contoh:
Langkah pemulihan ekonomi negara hendaklah dimulakan dengan penghematan belanja negara dan individu, pengurangan import bagi barangan yang kurang penting, penggalakan industri setempat, dan peningkatan guna tenaga secara optimum.
**Kata kunci yang mendukung gagasan.
**Perubahan bentuk salah satu kata yg sama fungsinya dalam ayat akanmenghilangkan ciri kesejajaran dan selanjutnya menjejaskan keberkesanan ayat.
6.  PENALARAN DAN LOGIKA
·        Hadir bersama-sama kesatuan gagasan dan kepaduan (syarat asas) untuk menghasilkan penulisan berkesan.
·        Manakala penekanan, kepelbagaian dan kesejajaran – merupakan ciri pelengkap dr segi gaya bahasa.Ianya berkait rapat dengan konsep daya hujah, oleh itu merupakan keupayaan menggunakan daya hujah secara baik.
Contoh:
(1) Kerajaan memang bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan pendidikan kepada rakyat, tetapi (2) negara sedang mengalami kemelesetan ekonomi dan (3) pelancong tidak dapat datang ke negara ini.
** Hubungan (1) & (2) jelas, menyatakan pertentangan situasi. Hubungan logis dapat dilihat dan diterima.
**Fakta (3) tidak menunjukkan kaitan langsung.
**Penalaran @ daya hujah penulis tidak dimilikinya.

KESIMPULAN
AYAT YANG BERKESAN ADALAH SEBAGAI ASAS PENGHASILAN KARANGAN ATAU TULISAN YANG BERKESAN.







No comments:

Post a Comment